Latar Belakang Sejarah Sabah
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan "saba" iaitu sejenis buah pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan Sulu
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja, sultan, atau organisasi yang boleh diiktiraf sebagai sebuah negeri. Keadaan ini menyebabakan sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan, dan sistem politik ketua bebas.
Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman yang diduduki oleh peribumi seperti Kadazandusun, Murut, dan Orang Sengei. Mereka hidup dalam kelompok yang kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit bakau, dan sungai. Sistem politik kesukuan diamalkan di daerah pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
Sistem politik kesultanan diamalkan di bahagian persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunie dan Sulu. Sistem ini bermula pada abd ke-17 apabila Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei yang meliputi kawasan pantai dan persisiran Sabah. Pemerintahan Kesultanan Brunei telah dilanda pelbagai masalah sehingga berkalu perebutan kuasa dari tahun 1662 hingga tahun 1674. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh pada tahun 1704. Akibatnya, Sabah diperintah oleh dua kesultanan iaitu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Masyarakat Sabah
Kumpulan Etnik dan Penempatan
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Dianggarkan terdapat lebih 30kumpulan etnik di Sabah. Antara kumpulan etnik utama ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk,m Orang Sungei, Kedayan, dan Bisaya.
