Thursday, February 5, 2009

Bentuk Muka Bumi

Kedudukan dan keistimewaan Malaysia.
  1. Malaysia terletak di tenggara benua Asia dan di tengah-tengah Asia Tenggara, iaitu antara latitud 1'U hingga 7'U dan longitud 100'T hingga 120'T.
  2. Malaysia meliputi kawasan daratan seluas 329 758 km persegi yang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  3. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan.
  4. Malayisa dipisahkan dari Singapura oleh Selat Tebrau.
  5. Selat Melaka pula memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, di Indonesia.
  6. Kedudukan Malaysia adalah strategik, iaitu di persimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangasa antara barat ke timur.
  7. Malaysia bebas daripada bencana alam seperti angin taufan yang kencang, gempa bumi, dan letusan gunung berapi.
  8. Bentuk muka bumi yang pelbagai membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.
  9. Kawasan tanah tinggi dan pinggir laut sesuai untuk aktiviti pelancongan.
  10. Kegiatan perikanan pula dijalankan di pinggir pantai.
  11. Kegiatan pertanian dijalankan kawasan tanah pamah dan kaki bukit.
  12. Laut China Selatan merupakan laut yang terbesar di dunia.
  13. Selat Melaka merupakan selat yang terpanjang di dunia.
Tanah Tinggi
  1. Permukaan bumi Malaysia terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan kawasan pinggir laut.
  2. Sebahagian besar Malaysia merupakan kawasan tanah tinggi, iaitu melebihi 180 meter.
  3. Kawasan bukit, gunung, dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi.
  4. Bahagian tengah semenanjung serta pedalaman Sabah dan Sarawak terdiri daripada kawasan tanah tinggi.
  5. Kawasan tanah tinggi di Malaysia terbentuk akibat daripada proses lipatan kerak bumi yang berkalu kira-kira 100juta tahun yang lalu.
  6. Semenanjung Malaysia mempunyai beberapa benjaran gunung yang hampir sejajar dan menganjur dari sempadan Thailand di utara ke negeri Johor di selatan.
  7. Purata ketinggiannya, kira-kira 1525meter.
  8. Bahagian utaranya paling luas dan meruncing ke arah selatan.
  9. Kawasan tanah tinggi ini terdiri daripada batuan granit dan batu kapur.
  10. Kawasan tanah tinggi memisahkan pantai barat dan pantai timur Semenangjung Malaysia.
  11. Banjaran-banjaran gunung utama di kawasan tanah tinggi ini ialah Banjaran Titiwangsai, Banjaran Bintang, Banjaran Tahun, Banjaran Keledang, dan Banjaran Pantai Timur.
  12. Banjaran Titiwangsa:
  • Dikenal sebagai Banjaran Besar-juga merupakan banjaran paling panjang di Malaysia (kira-kira 500km);
  • Ketinggiannya antara 900meter hingga 2100meter;
  • dikenal sebagai "tulang belakang" Semenanjung Malaysia;
  • semakin rendah ke arah selatan;
  • menjadi kawasan tadahan dan legeh- bagi sungao-sungai utama di Semenanjung Malaysia;
  • menjadi legeh(pemisah) utama sungai-sungai seperti Sungai Betis dan Sungai Nenggiri;
  • Gunung Korbu (2183m) merupakan kemuncak tertinggi;
  • mempunyai tiga kawasan peranginan, iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, dan Tanah Tinggi Cameron.
  • terdapat stesen jana kuasa hidroelektrik di Tanah Tinggi Cameron.
13. Banjaran Bintang merupakan lege bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta. Kemuncak tertingginya ialah Gunung Bintang (1862m).
14. Terdapat pusat peranginan di banjaran ini, iaitu Bukit Larut.
15. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan.
16. Banjaran Tahan adalah banjaran tertinggi di Semenanjung Malaysia. Di banjaran ini letaknya Taman Negara.
17. Banjaran-banjaran gunung yang utama di Sabah ialah Banjaran Crocker, Banjaran Brassey, Banjaran Maitland, dan Banjaran Trus Madi.
18. Banjaran Crocker:
  • merupakan banjaran yang tertinggi dan terpanjang di Sabah.
  • menganjur dari barat daya ke timur laut.
  • kemuncaknya yang tertinggi, iaitu Gunung Kinabalu (4095meter) adalah gunung tertinggi di Malaysia.
19. Banjaran-banjaran gunung yang utama di Sarawak ialah Banjaran Tama Abu, Banjaran Kapuas Hulu, dan Banjaran Iran.
20. Banjaran-banjaran ini menjadi sempadan antarabangsa semula jadi antara Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia.
21. Kemuncak tertinggi di Sarawak, iaitu Gunung Murud (2425m) terletak di Banjaran Tama Abu.

Pembentukan Tanah Tinggi

  1. Di Asia, tanah tinggi terdiri daripada gunung lipat dan gunung berapi.
  2. Gunung lipat terbentuk akibat mampatan kerak bumi.
  3. Terdapat dua jenis gunung lipat, iaitu Gunung lipat tua dan gunung lipat muda.
  4. Gunung lipat tua di benua Asia terbentuk kira-kira 100juta tahun dahulu dan dikenal sebagai Sistem Gunung Indo-Malaya.
  5. Proses lipatan ini bermula dari Dataran Tinggi Yunnan (Yungui) dan menganjur ke Dataran Tinggi Shan di Myanmar, Banjaran Bilauktaung di Thailang, Bajaran Annam di Vietnam, dan Banjaran Titiwangsa di Malaysia.
  6. Kawasan gunung lipat tua adalah stabil dan lebih rendah kerana telah mengalami hakisan air dan angin.
  7. Proses pembentukan sistem gunung lipat muda berlaku kira-kira 35jura tahun dahulu.
  8. Lipatan bermula di Pusaran Pamir , menganjur ke timur dan membentuk Banjaran Himalaya, Bukit Chin, Banjaran Kapuas Hulu, Pergunungan Iran, dan Banjaran Crocker.
  9. Sebahagian Asia Tenggara yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi.
  10. Contohnya, Gunung Merapi dan Gunung Semeru di Ingonesia dan Gunung Mayong di Filipina.
Tanah Pamah

  1. Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
  2. Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
  3. Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
  4. Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
  5. Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
  6. Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
  7. Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
  8. Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
  9. Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
  10. Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
  11. Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH.
  1. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk.
  2. Banjyak petempatan dibina di kawasan tanah pamah yang terdiri daripada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu.
  3. Bandar-bandar ini adalah pusat pentadbiran, pusat perdagangan, dan kewangan.
  4. Kawasan tanah pamah sesuai dijalankan pertanian seperti penanaman nanas, padi, getah, dan kelapa sawit.
  5. Tanah pamah sesuai juga dijadikan tapak perindustrian kerana kawasan yang rata memudahkan kilang dibina. Contohnya di Petaling Jaya dan Shah Alam.
  6. Jaringan pengangkutan jalan raya dan landasan kerata api juga dibina di kawasan rendah dan rata.
  7. Tanah pamah di kawasan pinggir laut pula dibina pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang.
Pinggir Laut
  1. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk uka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
  2. Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  3. Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
  4. Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
  5. Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
  6. Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
  7. Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
  8. Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.
CIRI dan KEPENTINGAN PINGGIR LAUT
  1. Pentas benua ialah bahagian dasar laut yang cetek, tidak lebih 180 meter dalam.
  2. Pentas benua terdapat di kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak di Laut China Selatan.
  3. Laut penting sebagai kawasan perikanan, perlombongan petroleum, dan gas asli.
  4. Pantai berpasir merupakan kawasan yang ditimbuni pasir dan batu kelikir di sepanjang kawasan pinggir laut.
  5. Pantai mempunyai permatang pasir yang panjang, bersih, dan indah.
  6. Pantai penting sebagai kawasan perlancongan dan perkelahan seperti Port Dickson di Negeri Sembilan, Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, dan Batu Feringghi di Pualu Pinang.
  7. Pokok kelapa tumbuh di sepanjang pantai berpasir.
  8. Pantai berlumpur merupakan kawasan pinggir laut yang ditumbuhi pokok bakau yang bertindak menahan hakisan akibat dilanda oleh ombak laut.
  9. Pantai berlumpur terdapat di sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang.
  10. Pantai berlumpur merupakan sumber kayu bakau dan menjadi tempat pembiakan hidupan laut sepert ketam, kerang, dan ikan.
  11. Pulau adalah sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut. Contoh, Pulau Langkawi dan Pulau Redang.
  12. Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan antarabangsa, dan pelabuhan perikanan.
  13. Tanjung merupakan daratan yang menganjur ke laut dan terdiri daripada lapisan batuan keras yang tahan hakisan.
  14. Contoh tanjung seperti Tanjung Bidara di Melaka, Tnajung Dawai di Kedah, dan Tajung Datu di Sarawak.
  15. Teluk adalah kawasan air antara dua tanjung. Contohnya, Teluk Kemang di Negeri Sembilan dan Teluk Darvel di Sabah.
  16. Teluk yang terlindung daripada tiupan angin monsun dan ombak sesuai dibina petempatan nelayan, tapak perlabuhan,kawasan perikanan, dan tempat perkelahan.
  17. Tebing tinggi terdiri daripada batuan keras yang condong sama ada ke laut atau ke daratan dan bercerun curam.
  18. Contohnya, Tebing Tinggi Kudat di Sabah dan Tebing Tinggi Bungah di Pulau Pinang.
  19. Tebing tinggi penting sebagai tempat rekreasi dan pelancongan serta tapak bina rumah api.
Pola Saliran
  1. Sebuah sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya.
  2. Kwasaan yang disaliri oleh sistem saliran ini dikenal sebagai lembangan sungai.
  3. Pola saliran merujuk kepada cara cawangan sungai dan sungai utama menjalin antara satu dengan yang lain.
  4. Contoh: reranting, jejala, sepunca(jejari), saliran bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat, dan gegelang.
  5. Pola saliran reranting berbentuk di lembangan sungai yang mempunyai struktur batuan yang sama kekerasan.
  6. Pola saliran ini kelihatan seperti pokok yang mempunyai batang, dahan, dan ranting.
  7. Contoh sungai yang mempunyai jenis saliran ini adalah Sungai Rajang, Sungai Baram, Sungai Pahang, dan Sungai Kelantan.
  8. Pola saliran jejala terbentuk di lembangan sungai yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut yang berselang-seli. Contohnya, Sungai Perak.
  9. Anak-anak sungai mengalir di batuan lembut dan bercantum dengan sungai utama pada sudut tepat, iaitu 90'.
  10. Pola saliran sepunca(jejari) terbentuk apabila sungai mengalir turun menghala ke semua arah dan kemuncak sebuah bukit atau gunung. Contohnya, di Gunung Kinabalu dan Gunung Benom.
  11. Pola saliran bawah tanah terdapat di kawasan batu kapur. Sungai-sungai mengalir masuk ke kawasan batu kapur yang poros dan mengalir keluar sebagai mata air.
  12. Pola saliran sejajar terbentuk apabila anak-anak sungai yang mengalir selari bercantum dengan sungai utama di sebelah sungai utama saja.
  13. Pola saliran bersirat terbentuk di kawasan delta sungai atau dataran mendap.
  14. Jenis saliran ini mempunyai banyak alur sungai.
  15. Pola saliran darat terbentuk apabila anak-anak sungai atau sebuah sungai mengalir masuk ke sesuatu kawasan dan membentuk tasik.
  16. Pola saliran gegelang terbentuk apabila cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah.
Sungai dan Tasik
  1. Sungai-sungai di Malaysia sentiasa mempunyai kandungan air yang banyak kerana negara ini menerima hujan yang lebat sepanjang tahun.
  2. Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung. arah timur ke barat di Sabah dan Sarawak; arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia.
  3. Sungai-sungai utama: Sungai Pahang (475km) ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia; Sungai Rajang (563km) ialah sungai yang terpanjang di Sarawak dan di Malaysi; Sungai Kinabatangan (560km) ialah sungai yang terpanjang di Sabah.
  4. Tasik Bera dan Tasik Chini ialah contoh tasik semula jadi.
  5. Tasik Bera dan Tasik Chini adalah contoh tasik semula jadi.
  6. Tasik Chenderoh, Tasik Temengor, dan Tasik Kenyir ialah contoh tasik buatan manusia yang terbentuk akibat pembinaan empangan untuk tujuan penjanaan hidroelektrik.
  7. Tasik Perdana dibuat untuk tujuan rekreasi dan pelancongan.
  8. Pentingnya tasik sebagai sumber ikan air tawar; sebagai sumber bekalan air; dan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.
 

luckystar! XDXD Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez