Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan 'saba' iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba. Pisang saba ini juga dikenali sebgai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan Sulu.
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja, sultan, atau organisasi yang boleh diiktiraf sebagai sebuah negeri. Keadaan ini menyebabkan sistem pemrintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan, dan sistem politik ketua bebas.
Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman yang diduduki oleh peribumi seperti Kadazandusun, Murut, dan Orang Sungei. Merka hidup dalam kelompol yang kecil dan dipisahakan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit bukau, dan sungai. Sistem politik kesukuan diamalkan didaerah pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
Sistem politik kesultanan diamalkan di bahagian persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu. Sistem ini bermula pada abad ke-17 apabila Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei yang meliputi kawasan pantai dan persisiran Sabah. Pemerintahan Kesultanan Brunei telah dilanda pelbagai masalah sehingga berlaku perebutan kuasa dari tahun 1662 hingga tahun 1674. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh pada tahun 1704. Akibatnya, Sabah diperintah oleh dua Kesultanan iaitu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu,
Masyarakat Sabah
Kumpulan etnik dan penempatan
Penduduk sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. dianggarkan terdapat lebih 30kumpulan etnik di Sabah. Antara kumpulan etnik utama ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Orang Sungei , Kedayan, dan Bisaya.
Penduduk bersisir pantai
- Melayu-Brunei: Pantai barat Papar, Kimanis, dan Sipitang.
- Bajau:Pantai barat dan pantai timur seperti di Kota Belud, Papar, semporna, dan Tuaran.
- Suluk : Pantai timur seperti di Semporna, Lahad Datu, Taway, dan Kudat.
Kadazandusun: Pantai barat dan pedalaman di Penampang, Tambunan, Ranau, Papar, dan Kudat.
Penduduk pedalaman=
Murut: Tenom, Persiangan, Keningau, dan Rundum.
Kegiatan Sosio budaya.
Kegiatan sosiobudaya masyarakat di Sabah banyak dipengaruhi oleh keadaan di sekelilingnya. Ahli keluarga dan masyarakat akan membimbing golongan muda mengenai peraturan,adat resam, agama serta kepercayaan yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Lazimnya, seseorang individu itu memahami sosiobudaya hidup masyarakat mereka melalui pendidikan tidak formal.
Pendidikan
Masyarakat Sabah menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal dipelajari oelh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi kemahiran. Mereka diajar cara-cara seperti memancing, memanja, berburu, bertukang, menyumpit,bersawah, dan berternak. Kemahiran ini membolehkan mereka berdikari apabila dewasa kelak.
Pendidikan secara formal pula amat terhad dan hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi yang diadakan di surau, pondok, serta rumah guru agama.
Peraturan dan Adat Resam.
Masyarakat Sabah kaya dengan adat resam yang tersendiri. undang-undang adat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat bumiputera di Sabah. Amalan undang-undang adat bertujuan memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup. Amalan undang-undang adat seperti babas, sogit, dan kepanasan yang dijalankan oleh ketua-ketua adat penting bagi mengeratkan hubungan masyarakat.
Masyarakat Kadazandusun mempercayai dan mematuhi undang-undang adat. Jika seseorang itu tidak mematuhi undang-undang adat yang ditetapkan, maka malapetaka seperti wabak penyakit, bencana alam, serta kerosakan tanaman dipercayai akan menimpa masyarakat. Terdapat beberapa undang-undang adat yang menjadi amalan penduduk di Sabah. Antaranya yang berkaitan dengan pertanian, perkahwinan, dan kematian.
Adat Pertanian
Monogit ialah upacara memuja semangat padi semasa menanam dan menuai padi. Selepas musim menuai, salah satu perayaan penting bagi orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai. Dalam pesta ini, tarian Sumazau akan dipersembahkan sebagai hiburan. Penari-penarinya memakai baju hitam yang bersulamkan benang emas.
Adat Perkahwinan
Setiap kumpulan etnik di Sabah mempunyai adat tersendiri dalam menjalankan upacara perkahwinan. Contohnya, perkahwinan bagi kaum Bajau lazimnya akan diadakan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang. cahaya bulan yang terang pada tarikh tersebut menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki. Mereka juga mengadakan upacara perkahwinan pada hair Rabu dan Ahad. Upacara perkahwinan biasanya akan dijalankan antara kaum kerabat dengan mengadakan acara maglamilami(beramai-ramai), iaitu menjamu selera dan menyaksikan hiburan.
Adat Kematian
Apabila berlaku sesuatu kematian pada kaum Murut, saudara-maranya akan memukul tiang rumah. Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan dalam posisi duduk. mayat dibakar dalam tembikar dan disimpan dalam rumah selama tujuh hari.
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat etnik di sabah pada peringkat awal adalah pagan dan mengamalkan kepercayaan animisme. Setiap etnik mempunyai nilai hidup yang berbeza antara satu sama lain. Pengaruh agama Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai Islam telah diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan Melayu-Brunei.
Keadaan ini telah mewujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan. Bagi menjaga Bkeharmonian dan kebahagian hidup bermasyarakat, kumpulan etnik ini telah mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang. Bagi etnik ang beragama Islam, ketua berperanan menguatkuasakan hukum agama Islam. Manakala, orang tua pula menguatkuasakan undang-undang adat di kalangan etnik yang bukan beragama islam.
Agama serta kepercayaan etnik Kadazandusun dan Murut.
Kadazandusun.
- Mengamalkan kepercayaan animisme.
- Sebilangan kecil daripada mereka memeluk agama Islam.
- Tuhan mereka satu sahaja, iaitu Kinorohingan yang bersemayan di dunia lain.
- Setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu. Apabila tiba masanya, roh tersebut akan pergi ke tempat yang lebih jauh sama ada di syurga atau neraka.
- Setiap tahun selepas menuai padi, upacara Magavau dijalankan untuk menghormati semangat padi.
- Pesta kaamatan diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada kinorohingan yang telah memberikan mereka hasil padi yang banyak.
- Salah satu upacara yang menarik semasa Pesta Kaamatan ialah pertandingan Ratu Cantik atau Unduk Ngadou. Ratu Cantik melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
- Bomoh untuk membuang kepanasan dipanggil Bobohizan.
- Mempercayai animisme iaitu setiap baut,pokok, dan sungai mempunyai roh.
- Gunung Antulai atau dikenali sebagai Gunung Aru(Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
- Mereka mempercayai Aki Kopuno iaitu kuasa yang mencipta segala-segalanya.
- Bomoh yang boleh berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.
Kesenian.
Masyarakat Sabah sememangnya terkenal dengan seni budaya yang tersendiri. Mereka memiliki seni budaya yang menjadi kebanggaan negara kita. Semasa pesta menuai dijalankan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, petani akan datang beramai-ramai untuk menjual hasil tanaman merka di tempat perayaan atau Tamu Besar. Antara seni budaya masyarakat Sabah ialah tarian, muzik, kraf tangan, anyaman, pertahanan diri, pertukangan, ukiran, dan binaan.
Terdapat pelbagai jenis tarian yang menjadi kebangaan masyarakat Sabah. Tarian ini sering dipersembahkan dalam majlis utama setiap kumpulan etnik tersebut. selain itu, tarian juga sering dipersembahkan kepada palancong asing sebagai daya tarikan dan keunikan negeri Sabah.
- Tarian Magunatip oleh etnik murut.
- Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun.
- Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
- Tarian mangalang oleh etnik Murut.
Penciptaan alat muzik ini menunjukkan masyarakat Sabah mempunyai kemahiran dan keunikannya yang tersendiri.
- as
- Kulintangan dan salun
- suling
- Sompoton
- Gabang
//Tarian Sumazau ditarikan semasa sambutan pesta menuai, musim peryaan, dan dalam majlis tertentu. Biasanya tarian ini disertakan dengan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik.//
||Tarian mangalang ditarikan dalam upacara menyambut tetamu yang datang dari jauh, berpindah rumah, dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi). ||
