Saturday, August 8, 2009

Melaka

Kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajann Majapahit. Keragaan ini telah berjaya menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik. Parameswara berundur ke Temasik.

Di Temasik, Paramesawra dan pengikutnya disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Parameswara menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju lalu membunuh Temagi untik mendapatkan Temasik.

Kerajaan Siam ingin menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menakluki Temasik kerana ini. Parameswara terpaksa menuju ke Muar, selepas itu Sening Ujung dan Bertam menuju utara. Kemudian, mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.

Perkampungan itu berhampiran dengan laut (laluan kapal dagang) , mempunyai bekalan air bersih, mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau(petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka), Pokok bakau dan api-api dijagikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Angin monsun pula tidak akan mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Nama Melaka berasal daripada peristiwa Anjing Prameswara ditendang oleh pelanduk(sejarah melayu). Nama melaka juga dikatakan berasal darippada perkataan Arab- Mulaqah(pertemuan) atau Malakat(perhimpunan segala dagang).

KEGIGIHAN PARAMESWARA MEMBANGUNKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sistem Pemerintahan yang teratur.

pembesar yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal balairung seri, empat puluh orang bentara untuk mejalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat alat kebesaran diraja telah dilantik

Kemudahan Pelabuhan

Kemudahan membaiki kapal, bekalan air bersih dan makanan, tenaga kerja serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang telah disediakan.

Hubungan Diplomatik

China

Lakasamam YinChing (1404)
Laksamana Cheng Ho(1405 1409)
Parameswara memohon pelindungan dari negara China dan bersetuju untuk menghantar ufti. Payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian telah dikurniakan kepada Parameswara sebagai pengiktirafan. Hubungan dua hala ini menyebabkan kerajaan Siam dan Majapahit tidak lagi berani mengancam dan menyerang Melaka.

Bantuan Orang Laut

OrangLaut- menjaga keselamatan perairan Melaka.

Ikatan Konsep Daulat

Kejayaan Parameswara banyak dibantu raykatnya. Sejarah Melayu mengumpamakan hubungang mereka seperti "rakyat itu umpama akra, raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri".

Orang Asli-membekalkan hasil hutan
Orang Laut-hasil laut, kesalamatan Selat Melaka


 

luckystar! XDXD Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez