Selamat pagi diucapkan kepada PnSharifah dan rakan rakan sekalian. Hari ini saya ingin bercakap tentang tindakan-tindakan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
Hadirin yang dimuliakan,
Apabila kita menaiki kenderaan melalui jalan raya, kita akan melihat kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal, kerata, dan lori. Walaupun ada rasa simpati terhadap mangsa, tetapi sering kali kita berfikir: Sampai bilakah kemalangan seperti itu akan berakhir? Apa yang pasti, dalam diri akan timbul perasaan marah kerana sikap pengguna yang mementingkan diri sehinggakan laluan kalan menjadi sesak. sebagai pengguna yang prihatin, kkita hanya memujuk hati kita supaya bersabar kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka.
Bagi mengurangkan kemalangan di alan raya, banyak bergantung kepada diri sendiri iaitu pengguna. Pengguna hendaklah memandu dengan berhemah . Jika di lebuh raya, jaganlah memabdu melebihi had yang dittetapkan iaitu 110 kilometer sejam. Pada waktu yang sama,ketika memandu, ingatlah orang yang kita kasihi. Kemalangan yang berlaku menyebabkan ibu bapa, isteri dan anak-anak kehilangan tempate bergantung Apabila hal hal ini kita fikirkan kita akan memadu dalam kelajuan yang ditetapkan dengan memikirkan pengguna yang lain
Selain it, keluarga memainkan peranan yang penting. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengawasi akanpergerakan si anak. Sebagai contoh pada malam minggu anak anak yang sudah mempunyai lesen atua tidak, jangan benarkan keluar rumah Tegurlah perbuatan negatif anak secara muafakat seperti kata pepatah, Elok kata dalam muafakat buru kata di luar muafakat. Ibu bapa juga perlu memastikan rakan sebaya anak merka dengan mengetahui latar belakang keluarga dan tingkah laku mereka. Selain itum ibu bapa hendaklah banyak meluangkan masa dirumah. Janganla sibuk mencari wang sehinggakan anak anak terasa tersisih. Sesungguhnya hubungan kekeluargaan yang harmoni menyebabkan anak anak berasa selesa tinggla di umah.
Masyarakta juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya Dalam hal ini, Masyarakat perlu bersikap prihatin. Sebagai contoh jka terlihate sekumpulan anak muda berkumpul di suata sudut dengan kenderaan masing-masing, tegurlah mereka secara baik Malah jka ternampak anak jiran berkelakuan tidak senonoh maklumkan keapada keluarga mereka. Pada waktu yang sama, Jawatankuasa Taman Perumahan juga wajar mengadakan pelbagai aktiviti yyang dapat melahirkan insan berhemah. Apabila aktiviti sihate dapat diwujudkan keinginan untuk berlumba dapat dikendurkan.
Sekolah juga berperanan besar dalan usaha untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya, Apabila menyebut sekolah peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disisihkan. Ketika mengajar , luangkanlah sedikit masa menegur sikap anak anak muda yang ghairah berlumba di alan raa. Maklumkan juga adab memandu yang betul. Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi maklumat tambahan kepada pelajar. Sebagai contoh diadakan kempen keselamatan kalan raya dan pertandinginan menulis esei yang memfokuskan cara cara mengurangkan kemalangan jalan raya. Cara ini diyakini dapat melahirkan remaja yang berhemah ketika memandu kenderaan,
Para hadirin sekalian,
Pada waktu yang sama, peranan negara, iaitu pemerintah amat besar untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya. Pihak berkuasa, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan perlu melakukan pemantauan beterusan. Operasi pada musim perayaan sahaja tidak mencukupi kerana pada hari hair lain pemandu begitu ghairah memandu dengan laju. Seterusnya, undang-undang perlu lebih tegas. Mereka yang didapati bersalah, selain denda maksimum rm 200.00 perlu diiringi dengan penjara. Sekadar denta tidak menakutkan orang ramai. Tindakan tegas pihak kerajaan sudah past menautkan pengguna untuk menjadikan jalan raya sebagai gelanggang maut.
Sesungguhnya, setial masalah ada jalan penyelesaiannya. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020, janganlah ada calon jurutuera, doktor, peguam, dan pendidik yang mati sia sia di jalan raya. Kepada pengguna jalan raya, jadikanlah jalanraya sebagai laluan yang selamat. Jose Roza;. seorang negarawan Filipina ada berkata," Hidup ini tidak akan berguna jika tidak dituukan kepada cita cita luhur. Sesungguhna, fokuskan kepada diri untuk menjadi orang yang berguna, bukan berakhit riwayat di jalan raya
