Thursday, April 29, 2010

Kaedah Kajian
Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji perayaan tradisional saya iaitu… (namakan buku-buku itu)
Saya juga telah menalankan penyelidiakn di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan ini.
Saya juga telah melayari laman Internet bagi mengetahui latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web………………………..
Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar peristiwa tersebut.
Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang peristiwa/perayaan yang saya kaji.



Rumusan.
Pengekalan tradisi perayaan ini amat penting bagi pendapat saya kerana dengan ini, kita dapat menghayati budaya tradisi kaum sendiri atau budaya rakyat Malaysia yang lain.

Dengan menjalankan kajian, saya dapat mengkaji Perayaan … yang memberi saya pengalaman dari segi mencari maklumat. Saya telah pergi melawat.. (namakan) demi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….)

Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan (garis nilai) . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum telah dijalankan..

Rakyat sentiasa mengamalkan perasaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi.

Saya amat bangga hidup di dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan perayaan sendiri. Sambutan dengan aman bagi setiap perayaan menujukkan negara kita sebuah negara yang kaya dengan keunikan rakyatmya.



Penghargaan


Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan Noor Arba’iah Ismail / Puan Latifah kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai Stadium Merdeka. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web Perpustakaan Negara iaitu www.sejarahmalaysia.com.my dan kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan ‘Stadium Merdeka’ bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan perayaan kaum……….



Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian terhadap perayaan kaum tertentu seperti…………. kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan perayaan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan perayaan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip perayaan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui sambutan terhadap perayaasn ini juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan sambutan perayaan ini di Malaysia, kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan sambutan hari perayaan juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang walaupun ketika mengadakan sambutan perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses menyambut peristiwa perayaan kaum juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sambutan biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses menjayakan peristiwa ini, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan perayaan tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Rakyat Malaysia juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati antara satu sama lain. Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.



Tradisi kaum - melihat perayaan daripada sudut sambutan kaum secara majoriti. Contohnya orang Melayu yang biasanya menyambut Hari Raya. (kalau ada kaum lain, dianggap manoriti)Orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina (walaupun ada yang tidak menyambutnya kerana kelainan agama)

Bahagian A: Kajian bertajuk : Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan perayaan (Satu perayaan sahaja)
Hasil kajian mesti mengandungi:
1.Perayaan Tradisi (nama perayaan /nama lain.-pihak/etnik/kaum yang terlibat. -tarikh/tempoh masa dirayakan.dan tujuan perayaan disambut)

2.Latar belakang (sejarah/asal usul perayaan. Upacara khusus dalam perayaan/ individu yang terlibat mengetui perayaan khusus dan tempat khususu sambutan dijalankan)

3.Persiapan sambutan perayaan.(Sebelum, Semasa,selepas,peraturan/pamtang larang/amalan sampingan)

4.Kesan perayaan (kekeluargaan/perpaduan/perlancongan/kebudayaan/peluang pekerjaan/keagamaan/kepercayaan/pengekalan tradisi/pendidikan /pengetahuan - mana-mana empat kesan)

Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak .
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.
 

luckystar! XDXD Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez